DISEMBER 2021

PRN-12: Serah Watikah Kepada Calon GPS Esok


KUCHING: Senarai penuh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan diketahui pada 3 Disember (esok).

Pengerusi merangkap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan senarai calon GPS itu turut menyerahkan watikah kepada calon-calon GPS.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, Kuching pada jam 3.30 petang. 

Komponen GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menguasai 68 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti PBB memiliki jumlah kerusi terbesar setakat ini iaitu 47, diikuti PRS (11), SUPP (tujuh) dan PDP (tiga).

Sumber dari : Jiwa Bakti